Followers

Thursday, 7 March 2013

CONTOH RPH



CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN :
 Dunia Seni Visual  (Tahun 3)

BIDANG  :  MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
TEMA       : ALAM SEMULAJADI
TAJUK       : TOPENG SERKUP
CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN :
 Dunia Seni Visual  (Tahun 3)
Mata Pelajaran : Dunia Seni Visual                        Masa: 60 minit
Kelas                 : 3 Cerdas                                           Tema dan Tajuk : Alam semula jadi – Topeng                                   Serkup
Bidang       : Membentuk dan membuat binaan (Topeng Serkup)
Standard Pembelajaran

3.1.1 Persepsi  Estetik
3.1.1 Unsur Seni
3.1.1.1,31.1.2,
3.1.1.3,
         
3.1.2 Prinsip Rekaan
         3.1.2.1

3.2 Aplikasi Seni
        3.2.1 Media
            3.2.1.1-Alat
          4.2.1.-Bahan

   3.2.2  Proses danTeknik


4.3 Ekpresi Kreatif
3.3.1
 3.3.2
 3.3.3

4.4 Apresiasi Seni
3.4.1
3.4.2

Objektif  Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran murid dapat: (Rujuk standard kandungan mengikut tajuk)
1. Memahami dan menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam membuat topeng serkup
2. Menghasilkan topeng serkup yang  menarik menggunakan  bahan yang sesuai.
3. Membuat apresiasi berpandukan bahasa seni visual yang telah dipelajari

Aktiviti P&P

1. Guru menunjukkan contoh dan bersoal jawab tentang topeng serkup. (EK1)
2. Guru menunjuk cara menghasilkan topeng serkup secara berperingkat (EK4)
3. Murid menghasilkan topeng serkup  (EK1) (EK2) (EK 3)
4. Murid mempamer dan menceritakan karya seni yang dihasilkan (EK5)

EMK
Kreativiti dan inovasi. Keusahawanan (EK1 – EK5) dan Nilai murni
Bahan Bantu Belajar

1.Contoh : gambar  contoh topeng serkup
2.Media   : kad manila, gam, oil pastel, gunting, alat tulis.

Penilaian P&P

Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membuat topeng serkup berdasarkan empat Standard Kandungan.

Refleksi

Pada akhir pembelajaran:
25 murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan 2 murid yang tidak mencapai objektif akan diberi bimbingan khas dalam sesi pembelajaran yang akan datang.

Aktiviti P&P

Penerangan, BBM dan ilustrasi, EMK

Ilustrasi aktiviti
Persepsi estetik
  1. Guru menunjukkan gambar beberapa jenis buah-buahan tempatan
  2. Guru bersoal jawab tentang gambar dengan murid dan mengaitkan dengan tajuk.
  3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang media yang sesuai untuk membuat topeng serkup. (EK 1)
contoh :
1.  Apakah bahan yang sesuai digunakan untuk menghasilkan  topeng serkup?
2.  Apakah jenis-jenis topeng yang kamu ketahui?
3.  Apakah kegunaan topeng?

-          Gambar-gambar buah-tempatan
     
     
EK1
1.14 Boleh membina jaringan sosial
Indikator
Murid…
-          boleh berkomunikasi dengan baik
-          mesra dengan semua orang
-          boleh mengekalkan hubungan baik





Aplikasi seni
  1. Guru memberi penerangan berkaitan aktiviti yang akan dijalankan.
  2. Guru menunjukkan topeng serkup yang telah siap.
  3. Guru menunjukkan bahan yang digunakan untuk membuat topeng serkup.
  4. Guru membuat demontrasi membuat topeng serkup secara berperingkat.
               


EMK Keusahawanan
EK1
 Berorientasikan masa depan
Indikator
Murid…
-          boleh berimaginasi terhadap sesuatu yang belum berlaku
-          boleh menyenaraikan kesan dan akibat terhadap sesuatu tindakan
-          boleh menjangkakan sesuatu
-          boleh membuat perancangan

Aktiviti Pelajar
Ekspresi kreatif
          Murid melakukan aktiviti membuat topeng serkup dengan bimbingan guru.
          Murid membuat topeng serkup.

Langkah 1
Murid melipat kertas manila kepada 3 bahagian yang sama besar.


Langkah 2
Murid melakarkan gambar buah di atas kad manila.
Langkah 3
          Guntingkan bentuk buah.
Langkah 3
          Guntingkan lubang ‘mata’ topeng serkup.
Langkah 3
  Mewarnakan gambar buah.

Langkah 3
 Cantumkan kedua-dua hujung topeng.(EK1, EK2, EK3 )



EMK Keusahawanan
EK1
Daya kreativiti dan inovasi
Indikator
Murid…
          suka memerhati persekitaran dengan sengaja dan bertujuan
          boleh memberi banyak idea
          boleh menilai idea untuk memilih idea yang terbaik
          boleh mencipta/ mereka cipta sesuatu
EK2
Malaksanakan idea dalam bentuk produk teknologi abstrak atau konkrit
Indikator
Murid…
boleh mengaplikasi ilmu/ teknologi untuk merealisasikan idea yang telah dipilih
EK3
Melaksanakan projek mengikut langkah-langkah yang telah disediakan
Indikator
Murid…
berupaya menjalankan tugasan mengikut perancangan

Apresiasi seni visual
  1. Murid mempamerkan hasil kerja dengan memakai topeng serkup.
  2. Murid menceritakan hasil kerja sendiri dan rakan-rakan.
Murid memberi cadangan untuk menghasilkan topeng serkup lain yang  berkaitan dengan alam semula jadi.
EMK Keusahawanan
EK5
Prinsip ketelusan
Indikator
Murid…               
-          menyatakan/ menyampaikan maklumat dengan betul/ jelas
-          tidak selindung









No comments:

Post a Comment