Followers

Wednesday, 6 March 2013

BIDANG MEMBUAT CORAK DAN REKAAN



                     
Tahun
:
3
Bidang
:
Bidang Membuat Corak dan Rekaan
Modul
:
Renjisan dan Percikan
Tema
:
Objek Buatan Manusia
Tajuk
:
Penanda Buku
Masa
:
60 minit
Jenis-jenis Media
:
Alat     :  berus lukisan, palet, berus gigi, dan sikat
Bahan :  kertas lukisan dan cat air atau cat poster atau   
               cat tempera
Bahan Bantu Mengajar
:
Contoh corak Renjisan dan Percikan
EMK
:
 Keusahawanan, Kreativiti, dan Inovasi
STANDARD KANDUNGAN



1.         Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu jalinan, warna, harmoni dan kepelbagaian yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan corak menggunakan teknik renjisan dan percikan.
2.          Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penggunaan media       dan teknik dalam penghasilan corak untuk dijadikan penanda buku.
3.         Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan corak.
4.          Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual sejarah seni    dan budaya.


 STANDARD PEMBELAJARAN
                                   
2.1        Persepsi Estetik           Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni                                                            visual yang ada pada renjisan dan percikan.
            2.1.1      Unsur seni       
                        2.1.1.1              Jalinan - tampak
                        2.1.1.2              Warna  - primer dan sekunder
          2.1.2 Prinsip Rekaan
                        2.1.2.1              Harmoni - warna dan jalinan
                        2.1.2.2              Kepelbagaian - warna

2.2        Aplikasi Seni                Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa  seni visual, media,                                serta  proses dan teknik menggunakan dalam penghasilan renjisan                                  dan percikan.   
            2.2.1     Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
                        2.2.1.1              Alat     - berus lukisan, berus gigi, palet dan sikat
                        2.2.1.2              Bahan - kertas lukisan dan cat air atau cat poster atau cat tempera   
                2.2.2      Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya     
                        2.2.2.1              Teknik - renjisan dan percikan

2.3        Ekspresi Kreatif            Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman bahasa
                                                seni visual media, serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.
                2.3.1      Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
                2.3.2      Menggunakan bahasa seni visual iaitu jalinan, warna, harmoni dan  kepelbagaian                         dalam penghasilan karya
            2.3.3     Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya

2.4        Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan                                                            berpandukan bahasa seni  visual.
            2.4.1   Mempamerkan karya yang dihasilkan
            2.4.2   Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan
STANDARD PEMBELAJARAN
ILUSTRASI AKTIVITI
Persepsi Estetik
·         Guru menunjukkan contoh corak yang terhasil daripada teknik renjisan dan percikan.
·         Guru menyatakan definisi renjisan dan percikan.
·         Guru membincangkan bahasa seni visual yang ada pada karya.
Aplikasi seni
·         Guru memperkenalkan media yang digunakan untuk menghasilkan corak teknik renjisan dan percikan.
·         Guru menunjukkan proses membuat corak teknik renjisan dan percikan:
- menunjuk cara bancuhan warna yang betul
- merenjis warna menggunakan berus pada
  permukaan kertas lukisan
- menunjukkan contoh penanda buku yang terhasil    daripada teknik renjisan dan percikan
Ekspresi kreatif
·       Murid menghasilkan corak renjisan dan percikan mengikut langkah yang ditunjukkan oleh guru.
·     Murid mengulangi aktiviti renjisan dengan pelbagai warna sehingga memenuhi permukaan kertas lukisan.
·     Murid menghasilkan penanda buku mengikut kreativiti.


Apresiasi Seni
·         Murid mempamerkan karya yang dihasilkan.
·         Murid menghargai dan menceritakan hasil karya sendiri dan rakan secara lisan.





 
 


No comments:

Post a Comment